Latar Belakang Besut
Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada 7 daerah di dalam
Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu
bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai
keluasan 123,367.8 hektar, terdiri daripada 5 buah pekan. Kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut
sempadan pilihanraya.
Jumlah
penduduknya ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada
berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina
dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan
nelayan.
Sejarah Daerah Besut
Bukti
bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit,
catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan dari
buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.
Oleh
kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah
Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul
Besut.
Salah
satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman
dahulu di mana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan
dibawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut
timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala
SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau
penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok
yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.
Satu
cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya
kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja
Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini
menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas
kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan
penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh
seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal
dari nama ketua orang pangan tersebut.
No comments:
Post a Comment