Saturday 28 January 2012

MAKLUMAT TERBARU – BN HANYA MENANG 5 BUAH NEGERI….


"Maklumat terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno-APCO menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.

Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.

Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.

Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.

Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.

Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.

Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut."


Terengganu Macamana Pulak?

Sejauh ini, negeri Terengganu dengan 32 kerusi keseluruhannya itu masih sukar untuk ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Kerusi yang sedia di menangi PAS cuma 8. Payah sangatkah PAS nak dapat 9 lagi! Cakap saja besar...kerja tidak besar, lembik. Geram sungguh aku. Rata-rata rakyat yang ditemui melahirkan rasa kecewa di atas peluang yang terbuka luas untuk PAS kembali memerintah Terengganu. Orang PAS kuat bercakap itu dan ini, tetapi kerja kosong! Dalam keadaan kepimpinan negeri di kalangan UMNO yang masih bercakaran, ribut tak pernah  reda, sentiasa bergolak ibarat retak menunggu belah, tapi peluang ini ternyata tidak memberi hasil yang baik buat PAS yang syok sendiri. 

Pilihan raya ke-13 masih jauh lagi. PAS masih ada masa dan masih berpeluang untuk baiki kelemahan ini.Rakyat Terengganu masih menunggu dan melihat. Apa tindakan PAS untuk mendapatkan kembali negeri yang terlepas dalam dua kali pilihan raya yang lepas. Nampaknya peluang kali ini juga turut terlepas buat kali ketiga. Sepatutnya saf kepimpinan sudah bergerak dalam gear 4 atau 5 sekarang. tapi kebanyakan pimpinan yang ditemui masih berharap kepada kelemahan UMNO semata-mata. Mereka tidak berkerja semahu mungkin. Pemimpin hanya berangan untuk jadi YB semata-mata! Orang kampung pula hanya sedap hati dengan mood rakyat yang benci kepada kerajaan BN. Masing-masing berpeluk tubuh. Buat kerja sekadar melepas batuk di tangga... Sayang, seribu kali sayang. Terengganu masih lagi kekal di bawah Mat Said..  




Tuesday 17 January 2012

welcome

selamat datang.......

Bismillahirrahmanirrahim....Aku lahir dalan DUN Hulu Besut. Serba sedikit aku tahu beberapa perkara mengenai politik dalam DUN ini. Aku akan cuba menulis mengenai iklim politik dalam DUN ini. Harap-harap ianya boleh menjadi panduan atau rujukan kepada mereka yang berminat. Aku mulai belajar membuat blog ini...Ibarat buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong julukkan, saya budak baru belajar, kalau salah, tolong maafkan... Amin.