auzubilah....
Ramai orang terkejut biawak mendengar telatah orang yang menjual agama dengan mata benda dunia yang terlalu murah. Aku sendiri tidak pelik sangat pasal ni. Kalau nak laksanakan hukum Allah di Malaysia ni mereka main pilih-pilih ikut kehendak pemerintah... apa la sangat dengan rayuan untuk menegakkan assobiyah yang sangat nyata dilarang oleh nabi. Mereka ada ilmu ugama, mengaji tinggi-tinggi, tapi berhujah macam orang jahil. Mereka nak apa lagi atas dunia ni? Gigi dah tercabut, rambut dah uban, tenaga batin dah hampir kondem...masih nak cari dunia???
Jika benarlah kita kena pertahankan bangsa kerana negara ini milik
orang Melayu, bagaimana pula dengan orang Islam yang bukan berbangsa Melayu?
Adakah mereka tidak layak duduk dalam negara ini dan bagaimana pula orang bukan
Melayu yang bukan beragama Islam? Adakah mereka juga tidak layak tinggal di
bumi Malaysia ini kerana mereka bukan orang Melayu?
Adakah bumi Arab itu hanya untuk orang Arab, bagaimana pula dengan bangsa bukan Arab yang tinggal di sana? Bukankah mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam itu juga makhluk Allah? Jika mereka tidak layak atau tidak boleh tinggal di bumi atau di negara ini, kemanakah mereka patut tinggal?
Allah yang jadikan mereka dan Allah juga yang mengizinkan mereka menumpang di bumi Allah ini. Siapa UMNO dan mufti serta Ibrahim Ali yang ingin mempertikaikanya? Jika orang bukan Melayu/Islam ini tidak layak tinggal menumpang di bumi Allah ini, maka Melayu UMNO pun sama juga termasuk Ibrahim Ali dan Zul Kulim itu. Nyahlah kamu.
Perlu ingat, jangan terlalu taksub dengan bangsa kerana setiap bangsa itu menganut berbagai fahaman dan kepercayaan. Jangan terlalu bangga dengan bangsa Melayu jika akhlak dan tindakan mereka lebih teruk dan dari dari bangsa lain walaupun mereka jelas tidak menganut agama Islam. Dalam tiga perkara yang sering disebut sekarang ini iaitu bangsa, agama dan raja, hanya satu saja sekarang ini yang wajib dipertahankan iaitu agama. Yang dua lagi itu perlu diteliti dan dikaji samada bangsa dan raja itu patuh dengan syariat Allah dan mengikut ajaran Nabi dalam kehidupan dan akhlaknya atau pun sebaliknya. Jika patuh, wajib juga dipertahankan, jika sebaliknya tidak perlulah bersusahpayah.
Adakah bumi Arab itu hanya untuk orang Arab, bagaimana pula dengan bangsa bukan Arab yang tinggal di sana? Bukankah mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam itu juga makhluk Allah? Jika mereka tidak layak atau tidak boleh tinggal di bumi atau di negara ini, kemanakah mereka patut tinggal?
Allah yang jadikan mereka dan Allah juga yang mengizinkan mereka menumpang di bumi Allah ini. Siapa UMNO dan mufti serta Ibrahim Ali yang ingin mempertikaikanya? Jika orang bukan Melayu/Islam ini tidak layak tinggal menumpang di bumi Allah ini, maka Melayu UMNO pun sama juga termasuk Ibrahim Ali dan Zul Kulim itu. Nyahlah kamu.
Perlu ingat, jangan terlalu taksub dengan bangsa kerana setiap bangsa itu menganut berbagai fahaman dan kepercayaan. Jangan terlalu bangga dengan bangsa Melayu jika akhlak dan tindakan mereka lebih teruk dan dari dari bangsa lain walaupun mereka jelas tidak menganut agama Islam. Dalam tiga perkara yang sering disebut sekarang ini iaitu bangsa, agama dan raja, hanya satu saja sekarang ini yang wajib dipertahankan iaitu agama. Yang dua lagi itu perlu diteliti dan dikaji samada bangsa dan raja itu patuh dengan syariat Allah dan mengikut ajaran Nabi dalam kehidupan dan akhlaknya atau pun sebaliknya. Jika patuh, wajib juga dipertahankan, jika sebaliknya tidak perlulah bersusahpayah.
Nabi mengajar kita supaya taat dan pertahankan bangsa dan Raja yang taat pada perintah Allah dan ajaranya. Bukan sebaliknya. Bangsa dan Raja tidak akan dapat menyelamatkan kita dari azab Allah kelak, tetapi ketaatan kita kepada perintah Allah dan ajaran Rasul melalui Islam lah yang mampu menyelamatkan kita nanti. Bangsa hanya pegangan sementara di dunia, bangsa tidak akan dibicarakan lagi ketika di alam barzah dan di Padang Mahsyar nanti, tetapi Islam itu pegangan kita dunia dan juga di akhirat.
Ingatlah, tidak semua orang yang berbangsa Melayu itu boleh dianggap sebagai orang Islam sekiranya akhlak, perangai, tindakan dan ucapanya banyak bercanggah dengan ajaran Islam malahan sehingga menghina syariat Islam itu sendiri dan juga tidak semua orang bukan Melayu itu kafir, malahan bagi yang bukan Melayu yang beragama Islam lebih baik akhlak dan amalan Islam mereka dan bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam. Jika ada yang megatakan yang semua bangsa Melayu itu Islam, apakah nas dan dalilnya? Apakah semua bangsa Arab itu Islam walaupun mereka sebangsa dengan Nabi? Ingatlah, orang Islam itu sangat terdedah dengan perbuatan syirik, kufur dan membawa kepada murtad. Kini sudah ada pula Himpunan Sejuta Umat. Untuk apa? Bagi penulis, hanya orang yang rosak aqidah saja yang perlu menyertai dan menghadirkan diri, semuga aqidah mereka akan diperbetulkan oleh pihak yang mengadakan program itu. Cuma yang kita bimbang apakah pihak yang bercakap dan menganjur himpunan itu sendiri pun apakah mereka sudah mantap dan betul aqidahnya?
Yang pelik, Melayu yang mengambil golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasul serta musuh umat Islam sebagai penasihat dan rakandagang seperti Yahudi dan Zionis, tidak pula ada suara yang membantahnya. Kita tidak boleh samakan Yahudi sekarang dengan Yahudi di zaman Nabi dulu. Zaman Nabi dulu Nabi dan sahabatnya berurusan niaga dengan Yahudi yang menghormati Islam dan tidak mengganggu orang Islam. Tidak seperti sekarang ini, Yahudi dan Zionis bukan sahaja mengganggu bahkan merampas tanah orang Islam sehingga menyiksa dan membunuh sekali. Apakah Melayu yang berurusan dengan Yahudi dan Zionis sebegini yang hendak dipertahankan? Inilah jenis bangsa yang dilaknat oleh Allah tetapi dijadikan teman oleh bangsa Melayu UMNO. Apakah Melayu jenis UMNO ini yang hendak dipertahankan? Apakah tidak mustahil jika dibiarkan hubungan intim mereka ini kelak bakal menggadaikan negara ini atau negara bakal dirampas atau dijajah oleh golongan yang dilaknak Allah itu demi untuk mengekalkan kuasa Melayu parasit iaitu UMNO?
Tidak ada seorang Melayu pun yang layak mengatakan bumi Allah atau negara ini milik mereka sekiranya kerja mereka hanya mengotorkan bumi ini dengan limpahan kilang arak, kilang judi, tempat persundalan dan sebagainya sebagaimana tidak seorang Melayu pun layak mengatakan Islam itu adalah hak atau milik mereka sahaja sekiranya kerja mereka hanya mendustakan ayat-ayat Allah, menghina sunnah Nabi dan mempersendakan syariat Allah. Bumi ini serta Islam adalah milik semua milik Allah yang taat dan patuh kepada syariat Allah dan akur dengan segala ajaran Nabi. Jika sebaliknya, Melayu seperti itu lebih hina dari makhluk yang menghuni di rimba belantara dan juga di zoo negara.
Dalam keadaan negara kita sekarang yang sudah ditadbir oleh bangsa Melayu UMNO sejak lebih 50 tahun lalu, apakah yang boleh kita banggakan dengan Melayu UMNO ini terhadap bangsa mereka sendiri dan terhadap Islam? Ada pihak tertentu begitu angkuh dan sombong menghina bangsa lain kononya bangsa bukan Melayu itulah puncanya Melayu mundur, Melayu miskin, Melayu hilang segala-galanya tanpa menyuluh kepada diri mereka sendiri bahawa semuanya itu adalah angkara mereka sendiri. Mereka tindas bangsa mereka, mereka halau dan rampas tanah milik bangsa mereka yang tidak berdaya untuk melawan, mereka kaut harta rakyat dan negara tanpa siapa berani menghalangnya. Tetapi yang anehnya, ketika puak Melayu UMNO mula lemah pengaruhnya, tiba-tiba datang pula beberapa puak "parasit" yang cuba mengajak puak PAS supaya bersama UMNO dengan alasan untuk memperthankan kuasa Melayu. Apakah "parasit" ini lupa, sudah berpuluh tahun puak Melayu UMNO ini menindas dan melakukan berbagai kezaliman ke atas Melayu Islam PAS ini, kini dengan tiba-tiba "parasit" ini dengan muka tebal sanggup memujuk PAS untuk bersatu dengan Melayu UMNO kononya demi kerana "Melayu"? Melayu apa? Melayu "parasit" seperti UMNO itu?
Ini bukan untuk mempetahankan Melayu tapi hanya untuk mempertahankan Melayu UMNO, untuk apa? Melayu yang kerjanya menghina hukum Allah dan Sunnah Nabi. Melayu yang kerjanya merompak harta rakyat, menindas dan merampas tanah bangsa mereka sendiri? Melayu yang kini menjadikan musuh umat Islam iaitu Yahudi/Zionis (APCO) sebagai teman sekutu dalam dagangan dan sebagai penasihat? Mengapa tak jemput sahaja rakyat Israel/Yahudi itu tinggal di negara ini, diberikan mykad dan boleh mengundi untuk UMNO dalam PRU13 nanti? Bukankah itu yang selayaknya dibuat oleh Melayu UMNO ini? Inilah akibatnya jika ada ulama dan mufti yang sama tarafnya dengan si "parasit" itu. Pernahkah kita mendengar puak Mufti ini mendesak pemimpin UMNO supaya kembali kepada ajaran Islam? Memerintah mengikut acuan islam seperti yang diperintahkan oleh Allah? Tidak ada dan tidak pernah. Yang ada ialah perpaduan dengan spesis Melayu yang haprak dan parasit itu.
Dalam keadaan seperti sekarang ini, yang fitnah menjadi budaya Melayu UMNO, rasuah, menipu, menindas, memecat dan menghalang tok guru atau ustaz mengajar dan memberikan tazkirah, jika ditanya kepada orang Melayu bukan UMNO dengan memberikan mereka pilihan samada lebih rela duduk di bawah pemerintah Melayu UMNO atau di bawah Cina DAP, penulis percaya majoriti Melayu bukan UMNO akan mengatakan lebih rela duduk dibawah pemerintahan Cina DAP sekiranya DAP tidak mengganggu hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Melayu UMNO cuma ada tidak sampai 30% pun dari jumlah keseluruhan bangsa Melayu dalam negara kita ini. Jadi Melayu UMNO sudah tidak diperlukan lagi untuk memegang tampuk kuasa dalam negara ini. Punah jahanam negara dan agama dibuatnya. Mereka langsung tidak ada rasa malu dengan corak pemerintahan Cina DAP di Pulau Pinang itu. Apalah yang nak dibanggakan dengan puak parasit seperti Melayu UMNO ini?
Mengapakah Nabi sendiri pernah berhijrah meninggalakan Mekah dan berlindung di Habsyah? Sedang di Mekah dikuasai oleh bangsa Arab, bangsa Nabi sendiri dan dari kaum keluarga baginda sendiri? Sedang di Habsyah diperintah oleh orang bukan sebangsa dengan Nabi dan bukan Islam? Jawabnya ialah kerana kezaliman, penindasan, fitnah dan adu domba yang dilakukan ke atas Nabi dan pengikutnya membuatkan Nabi berpindah walaupun Habsyah ketika itu di bawah kuasa Raja yang bukan sebangsa dan seagama dengan Nabi tetapi Nabi diberikan perlindungan. Akhirnya ramai rakyat Habsyah termasuk Rajanya memeluk Islam. Tidak mustahil ianya boleh berlaku juga jika kita duduk di bawah pemerintah Cina DAP dari duduk di bawah kuasa Melayu parasit dan haprak seperti UMNO yangmana semakin hari semakin ramai Melayu Islam yang kufur, sesat dan murtad serta rosak akhlak.
Bagi DSAI, tak payahlah layan si parasit Ibrahim Ali itu untuk berdebat. Siapa Ibrahim tu, apa kelayakan dan tarafnya? Di luar negara, Ketua Pembangkang itu sama tarafnya dengan Perdana Menteri atau pun Menteri. Jadi apa taraf Ibrahim tu yang hanya sebagai Presiden Perkasa (nak jadi Presiden UMNO tak dapat) yang jumlah ahlinya boleh dibilang dengan jari saja. Dia nak berdebat sebagai mewakili siapa? Dia bukan sesiapa pun dalam negara ini. Kerjanya hanya melalak, bercakap dengan penuh emosi dan mengapi-apikan rakyat untuk mencetuskan permusuhan kaum. Jadi biarkanlah dia melalak seperti anjing menyalak bukit. Beliau ini tidak ada nilai walau sebesar zarrah pun untuk negara dan rakyat. Cuma dia perasan yang dia hebat. Golongan parasit sahaja yang terpegun dengan pidato dan temberangnya. Beliau hanya setaraf dengan Zul Kulim dan Ezam sahaja iaitu bercakap tentang Melayu parasit dan haprak seperti UMNO dan Perkasa.
Si Ibrahim dan Si Zul ini begitu mudah menuduh DAP Cina yang "rasis", tetapi apabila kaum Cina membalasnya dengan mengatakan Si Perkasa dan Melayu UMNO itu juga "rasis", mereka marah pula! Apakah kita lupa pesan Nabi "janganlah kamu menghina kedua ibubapa kamu", sahabat bertanya "bagaimana kami menghina ibubapa kami, Ya Rasulullah?" Jawab Nabi, "apabila kamu menghina ibubapa orang lain, pasti mereka akan membalasnya dengan menghina ibubapa kamu pula, maka samalah seperti kamu menghina ibubapa kamu sendiri".
Ini sebagai pengajaran, jika kita menghina bangsa lain, pasti mereka akan membalas dengan menghina bangsa kita pula. Begitu juga jika kita menghina agama dan Tuhan mereka, pasti mereka akan menghina agama dan Tuhan kita juga. Bermakna kitalah puncanya mengapa bangsa, agama dan Tuhan kita dihina oleh bangsa dan penganut agama lain, kerana kita yang memulakanya. Tetapi oleh kerana akhlak dan pesanan Nabi tidak dijadikan ikutan dan pedoman tetapi perangai dan sifat iblis yang sombong hasad, dendam dan terserlah dengan hati perut yang busuk dijadikan idola dan ikutan, maka samalah tarafnya puak ini dengan si iblis dan si syaitan itu. Kerja dan cakapnya saban hari tidak lain hanya untuk menyakiti hati orang lain, mengadu domba, mengapi-apikan permusuhan, menghina orang dan bangsa lain kononya untuk menunjukan kepada rakyat bahawa dialah sebenarnya jaguh dan hero dalam mempertahankan bangsa dan agama sedang cara dan tindakanya jelas bercanggah dengan tatasusila adab orang Melayu dan jauh terpesong dari ajaran Nabi dan Al Quran. Maka inilah dia antara golongan sesat lagi menyesatkan orang lain yang jahil agama dan buta hati terhadap kebenaran. Bertempik dan bergembiralah para iblis dan syaitan kerana hasutan dan kerjanya telah berjaya. Jika sudah jelas bahawa Melayu UMNO itu parasit dan haprak, dan bersekongkol pula dengan kaum yang dilaknat oleh Allah dan Rasul iaitu Yahudi/Zionis, apakah masih ada orang Melayu Islam yang sanggup menyokong dan mempertahankan UMNO lagi? Minta dijauhkan oleh Allah.
Seorang rakyat dapat RM500.00 heboh bagaikan nak runtuh bangunan PWTC sebagaimana runtuhnya Stadium bola di Gong Badak, Terengganu. Seorang pemimpin UMNO sapu wang rakyat RM250juta. Bagaimana pula jika sepuluh atau lima puluh orang atau seratus orang pemimpin UMNO? Berapa jumlahnya wang rakyat yang hilang? Apakah masih mahu menyokong golongan penyamun dan perompak ini? Insaflah wahai umat Islam.
Hari ini, UMNO sudah ada di penghujung usia. Setiap hari, akan sentiasa ada pemimpin-pemimpin Umno yang bangkrap itu bercakap dan mereka berusaha keras mengajak rakyat untuk memberi undi lagi kepada mereka bagi menyambung nyawa kekuasaan untuk meratah harta dan khazanah negara. Orang Melayu yang 50 tahun dididik oleh Umno masih ramai yang tidak sedar. Hanyut dengan sekilo gula yang diberi, lemas dengan sebotol budu yang dikirim. Apa lagi makcik2 dan pakcik2 berkarat biru di kampung2 baru saja dapat RM 500! Siapa nak bagi free 500! Hj Wahid nak bagi? Cikgu Solah nak beri?
Dalam PRU ke-13 nanti, penulis dapat bayangkan, Negeri Terengganu masih selamat dikuasai UMNO-BN. Rakyat di DUN Hulu Besut masih sanggup ditipu oleh Umno. Cakaplah apa saja pun, mereka tetap akan menyokong UMNO. Nawi atau Che Soh akan menang lagi di Hulu Besut.
Tapi, BN akan hilang kuasa di peringkat Pusat. Putrajaya akan ditawan oleh Pakatan Rakyat! Masa itu, Umno akan ketandusan wang! UMNO tidak akan bergerak dengan tidak ada wang! Saat itulah, orang yang memilih Umno di Terengganu akan sedar. UMNO akan karam dengan sendirinya... Hanya beberapa negeri yang menjadi senasib dengan Terengganu, seperti Johor, Pahang, Sabah dan Serawak. Hanya 5 buah negeri ini saja yang masih dikuasai BN-UMNO! Wallah Aklam.